Thursday 8 December 2011

Lembaran Kerja -- permainan bahasa


Lembaran Kerja -- pemahaman


Lembaran Kerja -- suku kata tertutup kv+kvk




Lembaran Kerja -- perkataan kvk

Lembaran Kerja -- suku kata terbuka





Lembaran Kerja -- abjad

Bacaan Bergred kv+kvk

Berus
Berus
Berus Bibah.
Berus Bibah berus merah.
Bibah sapu cat guna berus merah.

Cicak
Cicak
Cicak rumah.
Rumah Bacik ada cicak.
Cicak berak dalam cawan Bacik.
Bacik sangat marah.
Muka Bacik merah padam.

Dapur
Dapur.
Dapur Safar.
Dapur Safar dapur gas.
Safar masak atas dapur.
Ibu penat kemas dapur Safar.

Datuk
Datuk
Datuk Damak.
Datuk Damak sudah tua.
Datuk Damak sakit perut.
Datuk Damak rajin.

Filem
Salam
Salam ada filem.
Salam dan Salim cuci filem.
Salam cuci filem dekat kedai.
Kedai Param kedai gambar.

Gajah
Gajah
Gajah hitam.
Gayah lihat gajah hitam.
Gajah usik Gayah.
Gayah marah gajah.
Gayah pukul gajah dengan galah.

Gitar
Satar.
Satar ada gitar
Satar mahir petik gitar.
Satar nyanyi sambil petik gitar.
Gitar Satar Gitar Kapok.
Gitar Kapok Satar sudah kopak.

Hakim
Hakim
Hakam hendak jadi hakim.
Hakim hukum selalu adil.

Hotel
Hazif
Hazif duduk hotel.
Hotel Hazif duduk hotel mewah.
Hazif bayar murah.

Bacaan Bergred kvk

Bas
Bas
Bas Ram.
Bas Ram Bas Mini.

Beg
Beg
Beg Mat.
Beg Mat isi dam.
Beg Mat isi gam.
Beg Mat isi dam dan gam.

Kot
Kot
Kot Ram.
Kot Ram kena kek.
Ram simpan kot dalam beg.

Jip
Jip
Jip Lan.
Jip Lan ada jam.
Jam Lan dalam jip.

Bacaan Bergred v+kvk

Asap
Asap
Asap api.
Asap api bara.
Asap bara api putih.
Ada asap bara api hitam.

Atap
Atap Apit.
Apit ikat atap.
Apit ikat daun atap.
Ayah ajar ikat daun atap .

Ayam
Ayam.
Ayam Adam.
Adam suka bela ayam.
Adam ada enam ekor ayam.

Ekor
Ekor
Ekor kuda.
Ekor kuda Elin.
Ekor kuda Elin elok.

Emas
Emas
Emas Esah.
Emas emak Esah.
Emak Esah ada kedai emas.
Esah tolong emak edar emas.

Epal
Epal
Epal Edah.
Edah suka epal.
Adik edah suka epal.
Edah agih epal pada adik.

Ikan
Ikan
Ikan Izan.
Izan jala ikan
Izan adik Iman.
Iman dan Izan jala ikan puyu.

Itik
Itik
Itik adik.
Itik adik Amid.
Adik Amid ajuk bunyi itik.
Itik adik Amid jalan kedek-kedek.

Obor
Obor
Obor Abon.
Abon bawa obor.
Abon lari bawa obor.
Adik Abon ikut Abon lari obor.

Oren
Oren
Opah
Oren opah.
Opah beli oren.
Opah beli satu peti oren.

Ular
Ayah
Ular
Ayah takut ular.
Ayah takut ular sawa.
Ular patuk kaki ayah .

Ulat
Ulat
Ulat bulu.
Amin usik ulat.
Amin usik ulat bulu.
Ulat bulu suka daun inai.

Friday 2 December 2011

Mengenali perkataan suku kata tertutup

Perkataan suku kata tertutup kv+kvk
Pertama sekali, murid diedarkan kad suku kata KV+KVK yang dibina secara satu-satu dengan dua warna yang berbeza. Contohnya, lipan, gajah dan ketam.
Murid mesti diberitahu konsep mengeja yang betul sebelum mereka belajar mengeja dan menyebut sesuatu perkataan. Dalam kemahiran ini, suku kata awalan menjadi perkara pertama yang perlu difahami oleh murid.
Contohnya, apabila murid mengeja perkataan lipan. Murid mengeja dengan memisahkan perkataan tersebut kepada dua suku kata. Suku kata yang pertama perlu diberi perhatian oleh murid kerana kebanyakan murid mudah lupa suku kata pertama tatkala mereka mengeja suku kata kedua.
Justeru, setelah mengeja suku kata kedua, pastikan murid memahami konseb sebutan suku kata yang pertama mesti didahulukan sebelum mereka menyebut suku kata kedua.
Kebanyakan murid yang tidak faham akan konsep mengeja akan menyebut perkataan lipan setelah dieja menjadi lapan. Justeru, latihan pengulangan diperlukan sehingga murid faham konsep mengeja dan menyebut perkataan.
Selesai mengeja menggunakan kad suku kata atau perkataan, bina satu jadual  perkataan KV+KVK di papan putih. Minta murid salin dan amalkan kaedah ‘sebut dan tulis’ supaya koordinasi mata, tangan dan minda murid berjalan serentak yakni menulis sambil berfikir.
Kemudian, edarkan lembaran kerja bagi menguji kefahaman murid tentang kemahiran yang telah dipelajari. Perlu diingatkan, lembaran kerja yang hendak diberi mestilah mengandungi latihan yang telah dipelajari murid. Jangan campur aduk latihan yang belum dipelajari kerana dikhuatiri akan mengelirukan murid.
Mempelbagaikan jenis latihan KV+KVK ini juga digalakkan sekiranya murid didapati sudah menguasai kemahiran ini dengan baik. Sekiranya murid sudah boleh menyebut tanpa perlu mengeja, maka guru boleh mengajar kemahiran membaca ayat  mengandungi perkataan KV+KVK kepada murid pula.


Video di bawah boleh dirujuk oleh murid untuk mengenali dan belajar suku kata tertutup.









Mari Kita Belajar ~~


Belajar untuk Mengeja

Video-video di bawah boleh dirujuk oleh murid-murid untuk belajar dan mengenali cara untuk mengeja dengan betul.



Sambungan...

Sambungan...

Sambungan...

Sambungan...



Mari Kita Belajar ~~


Mengenali suku kata terbuka

Setalah murid menguasai abjad, guru perlu mengasingkan kumpulan murid dalam kumpulan lain untuk mereka mempelajari kemahiran suku kata. Dalam bahagian ini, murid mesti belajar menguasai asas suku kata terlebih dahulu iaitu suku kata kv.

Sebelum mengajar:

Pastikan murid sudah bersedia.
Rangsang minda murid dengan mengimbas kembali abjad yang telah mereka pelajari sebelum ini.
Uji penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal abjad.

Semasa mengajar:
Lakukan latihan megeja suku kata kv secara berulang.
Edarkan gambar, kad imbasan suku kata pelbagai dan rangsang minda murid untuk menyesuaikan sebutan dengan gambar. Contohnya, gambar "bola" dipadankan sebutan suku kata awalnya adalah 'bo'.

Selepas mengajar:
Buat latih tubi berulang kali sehingga murid mahir.
Uji murid secara rawak.
Edar lembaran kerja untuk uji kefahaman dan penguasaan kemahiran murid.
Beri murid permainan puzzle cantum suku kata.

Perlu diingat, bukan semua murid akan dapat menguasai kemahiran ini pada hari berkenaan. Jika telah mahir sekalipun, kemahiran ini perlu sentiasa diulang-ulang supaya murid tidak mudah lupa akan kemahiran yang telah dipelajari.








Video-video di bawah boleh dirujuk oleh murid untuk mengenali dan belajar suku kata.






Sambungan...


Sambungan...



Sambungan...




Suku Kata Terbuka