Friday 2 December 2011

Mengenali perkataan suku kata tertutup

Perkataan suku kata tertutup kv+kvk
Pertama sekali, murid diedarkan kad suku kata KV+KVK yang dibina secara satu-satu dengan dua warna yang berbeza. Contohnya, lipan, gajah dan ketam.
Murid mesti diberitahu konsep mengeja yang betul sebelum mereka belajar mengeja dan menyebut sesuatu perkataan. Dalam kemahiran ini, suku kata awalan menjadi perkara pertama yang perlu difahami oleh murid.
Contohnya, apabila murid mengeja perkataan lipan. Murid mengeja dengan memisahkan perkataan tersebut kepada dua suku kata. Suku kata yang pertama perlu diberi perhatian oleh murid kerana kebanyakan murid mudah lupa suku kata pertama tatkala mereka mengeja suku kata kedua.
Justeru, setelah mengeja suku kata kedua, pastikan murid memahami konseb sebutan suku kata yang pertama mesti didahulukan sebelum mereka menyebut suku kata kedua.
Kebanyakan murid yang tidak faham akan konsep mengeja akan menyebut perkataan lipan setelah dieja menjadi lapan. Justeru, latihan pengulangan diperlukan sehingga murid faham konsep mengeja dan menyebut perkataan.
Selesai mengeja menggunakan kad suku kata atau perkataan, bina satu jadual  perkataan KV+KVK di papan putih. Minta murid salin dan amalkan kaedah ‘sebut dan tulis’ supaya koordinasi mata, tangan dan minda murid berjalan serentak yakni menulis sambil berfikir.
Kemudian, edarkan lembaran kerja bagi menguji kefahaman murid tentang kemahiran yang telah dipelajari. Perlu diingatkan, lembaran kerja yang hendak diberi mestilah mengandungi latihan yang telah dipelajari murid. Jangan campur aduk latihan yang belum dipelajari kerana dikhuatiri akan mengelirukan murid.
Mempelbagaikan jenis latihan KV+KVK ini juga digalakkan sekiranya murid didapati sudah menguasai kemahiran ini dengan baik. Sekiranya murid sudah boleh menyebut tanpa perlu mengeja, maka guru boleh mengajar kemahiran membaca ayat  mengandungi perkataan KV+KVK kepada murid pula.


Video di bawah boleh dirujuk oleh murid untuk mengenali dan belajar suku kata tertutup.









Mari Kita Belajar ~~


No comments:

Post a Comment