Saturday 26 November 2011

HURUF A-Z : Langkah asas dalam pemulihan khas sekolah rendah

Dalam petikan ini, akan diperkenalkan langkah-langkah untuk mengajar murid-murid agar dapat mengenali dan mempelajari Huruf A-Z dengan lebih cepat dan berkesan.



Jadual A-Z


1. Memperkenalkan Jadual A-Z               

Jadual A-Z seperti yang ditunjukkan haruslah ditampal dalam kelas pemulihan agar murid dapat kerap didedahkan dengan huruf-huruf dan susunannya agar lebih mudah dikenali dan dpelajari oleh murid-murid tersebut.





2.Mengajar Huruf A-Z

Namun, murid-murid perlulah diajar dengan penuh kesabaran dan prihatin terhadap tahap penguasaan murid dalam mengenali huruf A-Z.
Guru haruslah 
- mengajar sebutan huruf-huruf dengan perlahan.
- memastikan murid dapat menyebut huruf dengan betul.
- memastikan murid dapat menulis huruf yang disebut.






Tulisan berpandukan garisan
3. Memastikan Murid Dapat Menulis Huruf yang Disebut.

Dalam menjayakan langkah ini, guru haruslah menunjukkan cara menulis huruf yang betul semasa mengajar. Untuk mencapai kesan yang lebih baik, tulisan berpandukan garisan adalah digalakkan untuk dijadikan kerja sekolah murid-murid pemulihan.







4. Memperkenalkan lagu ABC
Eleman yang menarik seperti lagu ABC juga harus diaplikasikan untuk memastikan kesan pengajaran Huruf A-Z yang lebih berkesan. Guru adalah digalakkan untuk memainkan lagu ABC selepas semua huruf telah diajar agar murid dapat mengingati huruf-huruf yang dipelajari dengan lebih berkesan.
Berikut adalah contoh lagu ABC.







Maka sekianlah langkah-langkah untuk mengajar Huruf A-Z dalam kelas pemulihan dengan lebih baik dan berkesan. Adalah diharapkan guru-guru pemulihan khas dapat memanfaatkan langkah-langkah tersebut agar murid-murid kita dapat maju jaya dalam pelajaran masing-masing.




Huruf a --z