Friday 2 December 2011

Mengenali suku kata terbuka

Setalah murid menguasai abjad, guru perlu mengasingkan kumpulan murid dalam kumpulan lain untuk mereka mempelajari kemahiran suku kata. Dalam bahagian ini, murid mesti belajar menguasai asas suku kata terlebih dahulu iaitu suku kata kv.

Sebelum mengajar:

Pastikan murid sudah bersedia.
Rangsang minda murid dengan mengimbas kembali abjad yang telah mereka pelajari sebelum ini.
Uji penguasaan murid terhadap kemahiran mengenal abjad.

Semasa mengajar:
Lakukan latihan megeja suku kata kv secara berulang.
Edarkan gambar, kad imbasan suku kata pelbagai dan rangsang minda murid untuk menyesuaikan sebutan dengan gambar. Contohnya, gambar "bola" dipadankan sebutan suku kata awalnya adalah 'bo'.

Selepas mengajar:
Buat latih tubi berulang kali sehingga murid mahir.
Uji murid secara rawak.
Edar lembaran kerja untuk uji kefahaman dan penguasaan kemahiran murid.
Beri murid permainan puzzle cantum suku kata.

Perlu diingat, bukan semua murid akan dapat menguasai kemahiran ini pada hari berkenaan. Jika telah mahir sekalipun, kemahiran ini perlu sentiasa diulang-ulang supaya murid tidak mudah lupa akan kemahiran yang telah dipelajari.








Video-video di bawah boleh dirujuk oleh murid untuk mengenali dan belajar suku kata.






Sambungan...


Sambungan...



Sambungan...




Suku Kata Terbuka


No comments:

Post a Comment